Wednesday 17 October 2012

PERMULAAN

          Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana pada hari ini saya masih diberi peluang untuk meneruskan hidup saya sebagai khalifah di atas muka bumiNya. Ini adalah detik permulaan untuk saya sebagai hambaNya berubah kepada yang lebih baik selepas menyedari setiap kesilapan-kesilapan lalu yang pernah saya lakukan. Siapa tahu dahulunya saya begitu jahil mengenai agama yang begitu indah sekali iaitu Agama Islam. Insyaallah permulaan ini akan mendatangkan banyak manfaat buat saya dan juga pembaca. Memang susah kesilapan lalu dilupakan tetapi Insyaallah dengan kesilapan lalulah dapat mengubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik.
          Kadang-kadang saya terfikir, apa gunalah saya buat blog ini??Bukankah perkara ini melalaikan??Tetapi saya percaya, niat saya yang satu.. Saya ingin berkongsi perkara yang bermanfaat untuk pembaca dan juga untuk diri saya sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ini untuk mengecapi kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak. Maaf andai kata-kata saya tidak kena pada tempat. Biasalah, kata pun permulaan :) terasa kekok sikit. Saya akan cuba buat yang terbaik lagi selepas ini, untuk perkongsian bersama. Insyaallah ^_^